114/366 : Rahsia Memasak Makanan Sihat Secepat 10 Minit



Assalamualaikum dan hello kepada uolls semua ! Hari ini rasanya macam hari malas malas sedunia . Well , its weekend namun seawal pagi lagi workout tetap kena wajib lakukan walaupun , kaki aku terluka semalam akibat tidak berhati hati . 

Jadi memandangkan aku sudah mengatakan hari ini hari malas malas sedunia  , nak masak pun malas sedangkan aku sekarang ini dalam proses menurunkan berat badan . Makanya , penyelesaian kepada masalah ini ialah aku mestilah mencari resepi yang mudah , cepat dan kena dengan tekak aku . Hahaha . No point beb masak cepat tapi rasa nan hado . Hahaha .

Daripada menghabiskan masa memasak resepi yang memakan masa setengah jam why not kau cari resepi yang kau boleh buat sepantas 10 minit . Yes ! Sepantas 10 minit dan insyallah its healthy.

Permulaannya , kau mesti harus membuat keputusan sayur sayuran apa yang menjadi kegemaran dan yang boleh diterima tekak . Jangan lupa juga cari yang pelbagai warna seperti kata pepatah "Colourful Your Plate Just Like A Rainbow" . Ada ke pepatah ini ? Hahaha . Aku pernah cerita pasal sayur colourful ini .

So , semudah 10 minit , macam aku buat tadi , potong kobis putih , tomato , lettuce makanya dah dapat tiga warna sayur . Lepastu korang letak dalam mangkuk dan gaul gaul kannya jadi sebati jadi lebih menarik . Tak adalah nampak macam sewarna je . Korang kena rasa macam enjoy makan sayur sayuran berwarna warni ini baru boleh feel macam ,"Okay , my six packs are coming soon bebeh!" . Hahaha .


Sementara membuat upacara memotong sayur sayuran pelangi , aku sarankan korang perap ayam ke , kambing ke , atau pun beli je yang dah siap marinate ataupun beli je ayam bbq yang kecil kecil dalam pek itu masuk dalam microwave . Set masa dalam 4-6 minit dah siap . Bergantung juga lah apa yang korang nak masak itu .

Sementara ayam itu tengah masak , korang potong potong lah sayur sayur itu . Potong pun rasanya makan masa dalam 2-3 minit je . See , nampak tak sebenarnya nak masak makanan yang sihat ini tak perlukan pun masa berjam jam berbanding kau nak masak nasi lemak ayam goreng nak masak sambal lagi lah .

Ini salah satu cara yang boleh korang lakukan . Sekarang ini tekak aku dah semakin mat saleh yang mana aku lebih selesa makan sayur mentah macam gitu berbanding sayur nak kena masak tumis apa segala itu . Its just wasting my time ! . Oh ye , nak lagi sedap perah dengan lemon ataupun limau nipis ataupun limau kasturi untuk mengelakkan rasa mual loya loya tekak . Hahaha .

Catat Ulasan

0 Ulasan