Thursday, May 5, 2016

126/366: "Daripada Simpan Baju Tak Pakai , Lebih Baik Usaha Sampai Boleh Pakai Dan Muat !"



Assalamualaikum dan hello kepada uolls semua . Hari ini aku rasa happy . Sebab semalam aku tengok lah wardrobe aku . Kan aku pernah cerita yang aku asingkan baju yang tak muat dan baju yang muat . Sampai bila nak simpan baju yang tak muat tuh?

Dan sebelum aku tidur semalam , aku terasa nak cuba beberapa baju aku . OMG ! Baju yang tahun 2012 tuh muat woi . And you know what , baju yang aku beli dekat USS size L Fit tahun 2014 , tak pernah berani aku nak pakai selama ni dan muat ! . Lagi sedikit je cutting badan aku komfom nice lah .

Best nya rasa bila baju yang tak muat , akhirnya kau muat juga pakai . Semuanya usaha aku exercise dan jaga makan . Alhamdulilah . Walaupun masih belum dapat lagi berat idaman , perjuangan misiku kurus mesti diteruskan untuk tampil bergaya pada hari raya nanti . Oh , aku pernah juga share yang Bersenam Itu Memang Tak Best , Tapi 2 Perkara Ini Akan Jadi Lagi Best !



Semua orang nak cantik , semua orang nak rasa dipuji . Tapi bila kita sedar diri kita yang tak kurus , bambam yang tak awesome , kita kenalah make it our life awesome ! The effort tu yang penting daripada tak buat apa apa . 

2 comments:

Linda said...

Alamak..terasa...saya belum berjaya :(

N-S said...

setuju sangat...saya pun banyak juga simpan baju yang dah xmuat, daripada simpan bertahun2 xboleh pakai baik usaha bagi boleh pakai semula kan :D