BUFFET RAMADHAN 2018 : WARNA WARNI AT THE RILEK CAFE SWISS INN HOTEL JOHOR BAHRU

selamat datang ke The Rilek Cafe
Bersesuaian dengan konsepnya yang warna-warni , The Rilek Cafe Hotel Swiss Inn Johor Bahru adalah satu pilihan yang tepat kepada mereka yang sukakan konsep chill , santai dan modern entertainment. Melangkah masuk di hotel ini saja korang dah boleh feel young gituw. Apa taknya, di pintu masuk lobby je korang dah nampak ruang lepak chill dan santai sangat lah sesuai kepada mereka yang sukakan konsep santai-santai. Yela, kebanyakkannya yang datang check in hotel kan nak rehat-rehat dari penat. 



Bersama JDT Blogger
Alhamdulilah, pada 26 April 2018 Ain dan team JDT Blogger telah dijemput untuk ke preview sempena buffet ramadhan. Masuk-masuk je dah dijamu dengan keropok dan air. Rasa macam sangat teruja. By the way , untuk ramadhan buffet akan diadakan di tingkat 2 iaitu The Rilek Cafe yang mana kalau dari lobby utama tu korang naik tangga tapi nak naik lift pon boleh. Hahaha. 












Boleh dikatakan tumpuan utama aku bila masuk je ialah melihat makanan-makanan yang ringan seperti jeruk , buah-buahan dan dessert, otak-otak dan cempedak goreng, keladi goreng dan keledek goreng. Jangan lupa cicah sambal kicap yer. Sumpah sedap teruk! Biasa la kalau mula-mula berbuka kan kita suka ambil makanan yang ringan-ringan dulu . So , cadangan Ain korang makan ambil dulu yang ringan-ringan ini.







Seterusnya, korang yang minat dengan makanan yang berat-berat boleh terus je straight sampai nampak kambing. Haa, sederet itu semuanya makanan berat-berat macam nasi dan lauk-lauk. Tak lupa juga ada mee goreng , laksa johor dan spageti carbonara dan bolognese uolls. 








Specialnya kalau korang berhajat untuk stay dekat hotel Swiss Inn ni juga akan menyediakan sahur pada jam 4:30 pagi. Jadi apa tunggu lagi, tempah sekarang di Swiss Inn Johor Bahru . Jangan risau, lokasi hotel ini memang betul-betul terletak di Bandaraya Johor Bahru. Ain juga nak ucapkan terima kasih serta rasa tabik hormat kepada semua team kerana layanannya dari masuk hotel sampai keluar hotel adalah sangat terbaik.










THE RILEK CAFE SWISS-INN HOTEL JOHOR BAHRU
Lot 512, Mohd Mufti, Jalan Syed Mohamed Mufti, Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru, Johor
07-218 3333 or email at info@sijb.swissgarden.com

Catat Ulasan

10 Ulasan

  1. Macam nak pi bulan puasa nanti

    BalasPadam
  2. lapar pulak...takk makan lagi ni

    BalasPadam
  3. wah menarik makanan2 dekat sini

    BalasPadam
  4. Masuk sini ada lagi makan..huhuhu sedapnyaaa laksa Johor..
    Jomm buka ka sini juga he he he

    BalasPadam
  5. tengok gambar pun dah buat perut kita berkeroncong ni. nampak sedap semuanya..

    Fatina Mudz

    BalasPadam
  6. Wah! Awalnya sudah bersiap

    BalasPadam

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.