Friday, May 6, 2016

127/366: "Aku Tak Ada Masa Nak Exercise , Tapi Aku Nak Kurus!"



Assalamualaikum dan hello kepada uolls ! . Beberapa hari ini kawan kawan aku yang memang selalu baca blog aku dan tahu aku tengah dalam proses menurunkan berat badan bertanya kepada aku . Apa yang patut dia buat . Ramai memberi alasan tak ada masa nak exercise . Sebenarnya , bergantung pada diri sendiri . Kita semua ALLAH berikan 24 jam yang sama adil . So ? Jawapannya ada pada diri sendiri .

Ini jawapan aku , tak guna kau cakap kau nak kurus tapi kau tak berusaha untuk capai apa yang kau nak ! Baca ayat ini sampai kau terasa! .Hahaha . Its your choice . Jujurnya , ramai antara kita ini jenis keep complaining je . Asyik fikir kan masalah je instead of selesaikan masalah itu . Masalah kau gemuk . So , selesaikan lah . Ini asyik membebel diri sendiri dah gemuk tapi tak do something . No POINT !.

Untuk kurus , ramai yang cakap kena pergi gym . Jawapan aku ialah first kita kena ubah gaya pemakanan kita dulu . Itu yang paling penting . Itu jawapan sebenar nak kurus . Bukannya cuba makan ubat kurus . Dah kalau sedar diri tu sehari makan nasi sampai 4 pinggan . Kurang kan dulu . Sebenarnya , kita jadi gemuk ini disebabkan oleh tabiat pemakanan kita yang salah . Aku pernah kongsikan Rahsia Memasak Makanan Sihat Secepat 10 Minit .

Jenis melantak tak ingat dunia , bila baju dah tak muat baru rasa insaf . Hahaha. Satu lagi , orang gemuk ini kerja dia nak menipu je . Mesti asyik tanya cheat day lah apa lah . Boleh ke kalau nak termakan makanan yang kalori tinggi ? Hahahha . Ini aku ada kongsikan Tips Untuk Elak Cheat Day ! .

Ingat , apa apa pun jangan start pergi ke gym untuk selesaikan masalah obesiti ini . Start dengan ubah gaya pemakanan dulu . Cari apa yang boleh makan dan apa yang kena pantang makan untuk proses menurunkan berat badan .Memang bukan mudah tapi bila dah lama lama ianya jadi kebiasaan . Aku kongsikan juga Diet Bukan Cerewet Bab Makan .

Last sekali , tolong jujur dengan diri sendiri . Jangan jadi hipokrit . Aku Memang Gemuk ! So ? . Exercise tu kena juga sebenarnya , tapi paling banyak yang menyumbang kepada penurunan berat badan ialah gaya pemakanan kita . Ingat tuh !

1 comment:

Leo Pluto said...

Haii... blogwalking... nice blog... jom sama2x follow.. Tq
http://blogleopluto.blogspot.my/